TENTANG ARC SDN BHD

Penubuhan ANGKASA Research & Certification Sdn. Bhd. (ARC) adalah hasil daripada Memorandum Persefahaman yang ditandatangani antara ANGKASA dan Jabatan Standard Malaysia pada 3 Mac 2019. Tujuan Memorandum Persefahaman ini adalah untuk bekerjasama kedua-dua pihak dalam bidang standardisasi dan penggunaan standard khususnya Malaysian Standards (MS).

ANGKASA Research & Certification Sdn. Bhd. (ARC) telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 14 November 2018 dengan no pendaftaran 1303578-M setelah mendapat kelulusan Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) Ke 33 dan kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 29 Ogos 2019.

Tujuan utama ARC Sdn. Bhd. ditubuhkan adalah untuk menjadi Badan Pensijilan bagi sektor koperasi dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengauditan pensijilan dan pengauditan pemantauan. Melalui proses pengauditan ini akan membolehkan pengurusan koperasi diiktiraf menggunakan standard ISO yang boleh meningkatkan keyakinan kepada ahli dalam menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh koperasi.

Pada tahun 2022 ANGKASA Research & Certification Sdn. Bhd. (ARC) telah berdaftar sebagai HRDF training provider dengan no siri 1303578M setelah mendapat kelulusan Pembangunan Sumber Manusia Berhad pada  5 November 2022 .

image-0
image-1
image-large-0
image-large-1
Trust me! I will boost your communication skills.

SERVIS KAMI

ARC Sdn. Bhd. menawarkan kursus-kursus yang boleh meningkatkan kompetensi dan professional di kalangan peserta kursus.

LIHAT LAGI

PROJEK LENGKAP

Menjadi konsultan kepada koperasi untuk mendapatkan pensijilan MSPO.

LIHAT LAGI

PROJEK SEDANG BERJALAN

Menjadi konsultan kepada koperasi untuk mendapatkan pensijilan MSPO.

LIHAT LAGI
15TAHUN PENGALAMAN
2000USAHAWAN
69PROJEK LENGKAP
47PROJEK SEDANG BERJALAN

HUBUNGI KAMI UNTUK SEBARANG PERTANYAAN

Kami Tidak Mengenali Anda, Tapi Kami Berusaha Membantu Anda