SERVIS KAMI
Dengan pengalaman hampir empat (4) tahun dalam pengurusan cukai koperasi dan anak syarikat koperasi dan anak syarikat koperasi, ARC bersedia menawarkan perkhidmatan seperti berikut:
Pematuhan Cukai:
- Pendaftaran cukai
- Penyediaan pengiraan cukai dan penghantaran borang – C1
- Pengiraan anggaran perubahan – CP204A
Khidmat Nasihat Cukai
- Perancangan cukai
- Khidmat nasihat kepada penemuan Audit LHDN
- Rayuan cukai
- Khidmat nasihat dalam pertikaian cukai
- Taklimat cukai
ARC juga menyediakan program percukaian seperti Bengkel Percukaian kepada Koperasi. Bengkel ini dibuat adalah berdasarkan kepakaran dan pengalaman ARC dalam menguruskan cukai koperasi dan syarikat.
Modul percukaian:
- Pengenalan dan keperluan Cukai Koperasi
- Pengiraan Cukai Koperasi Borang C
- Pengisian Borang 204
- Pengiraan Elaun Modal
- Pengiraan lain-lain elaun yang berkaitan
Program ANGKASA Assist adalah program simpan kira-kira yang ditawarkan kepada koperasi. Program ANGKASA Assist menawarkan perkhidmatan seperti berikut:
-
- Merekodkan pendapatan/perbelanjaan
- Merekod semua penerimaan tunai dan bank
- Merekod semua pembayaran tunai dan bank
- Merekod transaksi jurnal am/jurnal khas
- Merekod Kontra pindahan tunai ke bank
- Menyediakan penyesuaian bank
- Menyediakan daftar dan rekod akaun anggota
- Menyediakan penyata kewangan bulanan dan tahunan
- Imbangan duga
- Penyata akaun untung rugi
- Kunci kira-kira
- Lejer-lejer
Kelebihan program:
-
- Dapat membantu koperasi menyediakan laporan kewangan yang terkini pada setiap bulan
- Mengurangkan beban pengurusan koperasi terutama bendahari koperasi
- Mengurangkan kos audit tahunan koperasi
- Membantu koperasi yang tidak mempunyai kakitangan
ARC menawarkan program perundingan pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015 dan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) 37001:2016 kepada koperasi dan syarikat yang ingin mendapatkan pensijilan tersebut.
Manfaat Pensijilan ISO:
- Penilaian Bebas
- Pasaran Meningkat
- Keyakinan Pelanggan
- Keyakinan Anggota
- Kawalan Integriti
Perkhidmatan yang ditawarkan:
- Taklimat Kursus Kesedaran
- Pembangunan Dokumen
- Pelan Pengurusan Risiko
- Kursus Audit Dalaman
- Bantuan Audit Dalaman
ARC menawarkan perkhidmatan setiausaha syarikat kepada subsidiari, koperasi dan juga syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016.
Anak-anak syarikat yang telah menjadi pelanggan adalah:
- MyANGKASA Holdings Sdn Bhd
- MyANGKASA Amanah Berhad
- MyANGKASA Dialisis Sdn Bhd
- PDMA Alor Setar
- MyANGKASA Farmasi Sdn Bhd
- MyANGKASA Services Sdn Bhd
- MyANGKASA Bina Sdn Bhd
- ANGKASA Komardi Dairy Sdn Bhd
Takaful adalah satu bentuk perniagaan yang bertujuan untuk memberikan jaminan yang berlandaskan syara’ iaitu terhindar daripada unsur Riba (Bunga), Maisir (Perjudian) dan Gharar (Ketidakpastian).
ARC telah dilantik menjadi ejen takaful bagi menawarkan produk-produk takaful seperti berikut:
- Pelan Takaful Keluarga Berkelompok (GFT)
- Pelan Takaful Hospital & Pembedahan (GHS)
- Pelan Takaful Khairat Kematian
- Pelan Takaful Kredit Berkelompok (DTT)
- Takaful Kenderaan
- Takaful Aset & Bangunan
- D&O
ARC menawarkan perkhidmatan perundingan kepada koperasi-koperasi dan syarikat dalam sektor perladangan yang ingin mendapatkan Pensijilan Malaysia Sustainable Palm Oil (MSPO) MS 2530-3:2013.
ARC telah berjaya membimbing 31 buah koperasi ladang sawit mencapai pensijilan MSPO.
ARC menawarkan perkhidmatan penyediaan kertas kerja bagi Koperasi, Syarikat dan Enterprise yang ingin mendapatkan pembayaran atau geran daripada institusi kewangan berkaitan.
ARC menawarkan perkhidmatan penyediaan laporan Due Diligence kepada koperasi dan syarikat yang ingin membuat penilaian terhadap perlaburan atau perniagaan baru.